mutakhir

24 PATI ditahan di Pantai Chenang

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan premis perniagaan sekitar Pantai Chenang di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid, berkata, PATI berusia di antara 16 dan 43 tahun itu ditahan di sembilan lokasi.

Katanya, mereka terdiri daripada tujuh warga Syria, Yaman (5), Bangladesh (5), Pakistan (3), Mesir (2) dan masing-masing satu warga Myanmar serta Thailand.

"Pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahguna pas atau permit serta tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosmaliza berkata, operasi disertai 21 pegawai JIM Kedah itu berlangsung lebih dua jam bermulai 9 malam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Disiarkan pada: May 19, 2022 @ 11:35am
d