mutakhir

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kuala Lumpur: Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datin Sri Hajah Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, pada 6 petang tadi.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke kediaman Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, malam ini.

Jenazah akan disembahyangkan pada 9 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada 10 pagi.

Feona, 70, mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi pada 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Disiarkan pada: May 27, 2022 @ 9:04pm
d