mutakhir

Agong, permaisuri ucap takziah kepada keluarga Wan Junaidi

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada jam 6 petang semalam.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 September 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.

Disiarkan pada: May 28, 2022 @ 12:54pm
d