Asia

Tiga rakyat Palestin terbunuh

Oleh BERNAMA

Ramallah: Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dan lapan lagi cedera apabila tentera Israel melakukan serbuan pada Jumaat di bandar Jenin di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

"Tiga rakyat Palestin mati syahid dan lapan orang cedera akibat tembakan tentera Israel di bandar Jenin," kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Saksi mata berkata, tentera Israel menyerbu Jenin dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki empat warga Palestin.

Berikutan kejadian itu, pertempuran berlaku antara tentera Israel dan berpuluh-puluh rakyat Palestin.

Tentera Israel menggunakan peluru hidup dan bom tangan gas pemedih mata.

Tiada kenyataan dikeluarkan setakat ini daripada pihak berkuasa Israel berhubung insiden berkenaan.

Disiarkan pada: June 17, 2022 @ 3:51pm
d