mutakhir

Polis panggil penganjur perhimpunan minggu depan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Pihak polis akan memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan pada minggu hadapan bagi membantu siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Kehakiman di Padang Merbok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan individu yang dipanggil mengambil keterangan itu membabitkan semua penganjur yang hadir.

Dalam perhimpunan semalam, kira-kira 500 peserta berkumpul di Padang Merbok, sejak 9 pagi.

Pihak polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula berkawal di sepanjang laluan lokasi terbabit sejak 7 pagi.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan itu yang dianjurkan Badan Peguam Malaysia bagi menuntut supaya Badan Kehakiman terus bebas daripada mana-mana pihak.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 15 (3), Peraturan 6 dan Peraturan 7, Akta Perhimpunan Aman 2012.

Disiarkan pada: June 18, 2022 @ 2:28pm
d