Eropah

Mogok pekerja kereta api Britain 'kesilapan besar'

Oleh Reuters

London: Setiausaha pengangkutan Britain, Grant Shapps berkata, tindakan mogok oleh pekerja kereta api minggu ini adalah "kesilapan besar".

Ia juga memberi amaran bahawa tindakan berkenaan menyebabkan orang ramai tidak akan dapat menghadiri janji temu hospital, peperiksaan di sekolah atau pergi bekerja.

Lebih 50,000 pekerja rel akan mengadakan mogok pada 21, 23 dan 25 Jun dalam pertikaian mengenai pembekuan gaji dan pengurangan pekerjaan dalam tindakan kesatuan Pekerja Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT) terbesar dalam sektor itu dalam tempoh lebih 30 tahun.

"Ia adalah bencana, dan ia bukan cara yang sewajarnya. Tiada manfaat atas tindakan ini," katanya kepada Sky News.

Disiarkan pada: June 19, 2022 @ 5:10pm
d