mutakhir

13 ahli dipilih sebagai anggota perwakilan Zon 1 KNSTP

Kuala Lumpur: Seramai 13 anggota perwakilan dipilih daripada 99 ahli Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad (KNSTP) yang hadir dalam Mesyuarat Agung Zon 1 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu yang dipengerusikan Pengerusi Koperasi NSTP, Mohd Fadzil Abdul Ghani turut dihadiri semua Ahli Lembaga koperasi berkenaan.

Selain Zon 1, seorang perwakilan bagi Zon 2 dan Zon 3 akan dipilih pada mesyuarat agung kawasan selepas ini.

Semua perwakilan yang terpilih layak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi NSTP yang akan diadakan pada Ogos depan.

Disiarkan pada: June 26, 2022 @ 11:50am
d