Asia

Wickremesinghe angkat sumpah sebagai pemangku presiden Sri Lanka

Oleh AFP

Colombo: Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden hari ini.

Wickremesinghe,73, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan ketua hakim negara, Jayantha Jayasuriya.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas.

Wickremesinghe memegang jawatan itu menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura selepas berbulan-bulan rusuhan menuntut peletakan jawatannya akibat krisis ekonomi terburuk melanda Sri Lanka.

Mengikat perlembagaan, pelantikan Wickremesinghe itu berlaku secara automatik, namun dia turut dituntut penunjuk perasaan supaya mengundurkan diri.

Disiarkan pada: July 15, 2022 @ 3:56pm
d