Asia

Wickremesinghe angkat sumpah sebagai Presiden Sri Lanka

Oleh BERNAMA

Colombo: Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Sri Lanka di hadapan Ketua Hakim Negara Jayantha Jayasuriya di bangunan Parlimen pada Khamis, lapor Xinhua.

Parlimen Sri Lanka pada Rabu telah memilih Wickremesinghe sebagai presiden baharu negara itu menggantikan Gotabaya Rajapaksa menerusi proses undian, dengan memperoleh 134 undi daripada 223 Ahli Parlimen.

Wickremesinghe dijangka melantik Perdana Menteri dan barisan Kabinet baharu dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut sumber.

Beliau mempelawa semua parti politik berganding bahu dan bekerjasama bagi mengatasi krisis ekonomi serta membawa perubahan kepada arena politik negara itu.

Sri Lanka cuba mendapatkan bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa serta negara-negara yang menjalinkan hubungan baik dengannya untuk memperoleh bekalan keperluan asas seperti bahan api, gas dan ubat-ubatan.

Disiarkan pada: July 21, 2022 @ 5:00pm
d