vroom

SUV terpantas

Oleh Lizam Ridzuan

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Aston Martin DBX707 bukan sekadar menawarkan kemewahan malah ciri prestasi terbaik.

Ia adalah SUV paling pantas dalam segmennya yang dijana enjin 4.0 liter pengecas turbo berkembar V8. Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 707PS dan tork 900Nm.

Menerusi prestasi ini, ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.3 saat dan kelajuan maksimumnya mencecah 310 km/j.

Sudah dilancarkan untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar utamanya, Aston Martin Kuala Lumpur, model buatan tangan ini juga didatangkan dengan transmisi 'klac -basah' 9-kelajuan dan brek karbon seramik sebagai ciri standard.

Untuk lebih kepuasan pengendalian

Pacuan semua roda boleh diaktifkan menerusi 'transfer case' bagi meningkatkan kawalan diantara pemanduan.

Program Kestabilan Elektronik (ESP) pula untuk pengalaman pemanduan umpama kereta sport dalam DBX707.

Untuk rekaan luaran, badan SUV sporty lima pintu ini dihasilkan daripada aluminium dan komposit.

Ciri-cirinya cukup garang seperti dilengkapi gril hadapan lebih besar. Ia juga lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL) rekaan baharu.

Pada bahagian belakang, ia juga dilengkapi spoiler di sayap bumbung untuk menambah kestabilan jika dipandu pada kelajuan tinggi.

Ia turut memiliki difusser berkembar bagi disesuaikan sistem ekzos-quad.

Bagi kemasan kabin, tiga pilihan suasana ditawarkan iaitu Accelerate, Inspire-Comfort dan Inspire-Sport.

Kerusi depan juga memiliki 16 ketetapan larasan elektrik.

Sebagai SUV terpantas, ia didatangkan dengan tanda harga bermula daripada RM1,098,000, tidak termasuk cukai, duti dan opsyen binaan khas (customisation).

Disiarkan pada: September 11, 2022 @ 6:30am
d