Nisra Nisran (tiga kiri) mengadakan pertemuan dengan Ab Aziz (dua kanan) di biliik Mesyuarat JPN di Tunjong, Kota Bharu.
Oleh Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Khidmat 20 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digunakan untuk memujuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang menghantar anak mereka meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang.

Ia susulan kehadiran murid yang menyusut lebih 50 peratus selepas cuti Aidiladha lalu susulan tragedi menimpa tujuh murid sekolah berkenaan yang hilang dan ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Nisra Nisran Ramlan berkata, pihaknya sudah menghubungi beberapa NGO yang berkait dengan pembangunan Orang Asli dan 20 ahli bersetuju untuk bersama lima pegawai JAKOA mendekati masyarakat di sana.

“Antaranya Persatuan Orang Asli di Kelantan, Yayasan Orang Asli Malaysia dan lain-lain apabila mereka ini juga saudara mara dan kenalan rapat masyarakat Orang Asli dan keluarga mangsa terbabit tragedi serta boleh berbahasa Temiar.

“Dengan pengaruh yang ada, kita akan cuba sertai aktiviti masyarakat, dekati mereka dan beramah mesra. Kami akan membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 7:45 AM