Asia

Rusia beri amaran Nato akan ke Laut China Selatan

Oleh BERNAMA

New York: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov memberi amaran pada Sabtu bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan mewujudkan 'sempadan pertahanan' baharu merentasi Laut China Selatan dalam masa terdekat untuk mengembangkan pengaruhnya ke Indo-Pasifik, lapor Sputnik.

"Mereka mengumumkan bahawa Nato komited terhadap keselamatan Indo-Pasifik, bermakna barisan pertahanan seterusnya Nato akan ditarik ke Laut China Selatan. Saya tidak ragu-ragu mengenainya," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lavrov berkata, pada Ogos pakatan ketenteraan tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS AUKUS tahun lalu bertujuan untuk memajukan kepentingan Nato di rantau itu.

Ini meletakkan blok tentera dalam laluan pertembungan dengan China.

Disiarkan pada: September 25, 2022 @ 2:58pm
d