PnP

Tropicana tawar hadiah menarik

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

PEMBELI hartanah daripada pemaju terkenal, Tropicana Corporation Berhad ( Tropicana) berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi kempen, Journey of a Lifetime.

Dua tiket penerbangan kelas pertama ke destinasi popular di Eropah antara hadiah yang ditawarkan kepada bakal pembeli serta pelbagai insentif istimewa lain seperti pakej IKEA bernilai RM30, 000.

Selain itu, bakal pembeli juga berpeluang mendapat duti setem, Memorandum of Transfer (MOT) dan banyak lagi bergantung kepada hartanah yang dibeli.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joanne Lee berkata, kempen yang diadakan sehingga 31 Disember ini membabitkan beberapa projek pembangunan iaitu Tropicana Aman, Tropicana Cenang, Tropicana Gardens, Tropicana Grandhill dan Tropicana Metropark.

Kata Joanne, pihaknya percaya, membeli hartanah antara keputusan terbesar dalam hidup dan mahu bersama di sisi bakal pembeli sepanjang perjalanan mereka untuk mendapatkan kediaman yang diingini.

"Untuk itu, kami menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk dimenangi menerusi kempen ini apabila anda membeli hartanah Tropicana sepanjang tempoh berkenaan.

"Kempen ini memenuhi keperluan semua golongan pembeli sama ada yang pertama kali membeli hartanah, pemilik perniagaan, pelabur, untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sebagainya," katanya.

Disiarkan pada: November 18, 2022 @ 6:16am
d