Bola Sepak

Rice kembali ke kem latihan England

Oleh AFP

Doha: Pemain tengah England, Declan Rice kembali menjalani latihan hari ini, sekali gus meredakan kebimbangan mengenai kecergasannya menjelang aksi suku akhir Piala Dunia berdepan Perancis.

Pemain tengah, Kalvin Phillips memberitahu pada sidang media bahawa Rice sudah mengambil bahagian dalam sesi latihan pasukan mereka di Al-Wakrah.

Rice menjadi sandaran penting di bahagian tengah England sepanjang kejohanan itu dan berada dalam kesebelasan permulaan pasukan dalam kesemua empat perlawanan.

Disiarkan pada: December 9, 2022 @ 12:02am
d