mutakhir

280 mangsa banjir di Kelantan

Oleh BERNAMA

Kota Bharu: Seramai 280 mangsa banjir daripada 84 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas setakat 9 pagi ini, meningkat berbanding 120 mangsa daripada 35 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang.

JPBN Kelantan turut memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih menunjukkan trend menaik dan berada di paras bahaya iaitu 9.66 meter (m) berbanding bacaan normal lima meter.

Disiarkan pada: December 11, 2022 @ 10:43am
d