mutakhir

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri terkejut, dukacita tragedi tanah runtuh Batang Kali

Oleh Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah Alhaj terkejut dan berdukacita dengan tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan yang meragut banyak nyawa di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Menerusi Selangor Royal Office, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah di atas tragedi berkenaan.

"Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat," demikian perutusan takziah itu.

Difahamkan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka berangkat ke lokasi kejadian pada esok pagi.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan kejadian

tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father's Organic Farm, Batang Kali.

Disiarkan pada: December 16, 2022 @ 8:28pm
d