mutakhir

Dua cedera, bas ekspres terbabas

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gopeng: Pemandu dan penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu terbabas di KM292.7 Lebuhhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.41 pagi dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi.

Katanya, pemandu bas itu dan seorang penumpang wanita didapati cedera namun tidak tersepit.

"Ketika kejadian terdapat tiga individu (termasuk pemandu) dalam bas berkenaan namun, seorang lagi penumpang tidak cedera.

"Bas ekspres itu menghala ke utara terbabas di bahu jalan dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa serta memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi itu tamat pada 7.20 pagi.

Disiarkan pada: January 3, 2023 @ 8:45am
d