Bola Sepak

Norizam ajar Pol solat

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkongsi ilmu dan tunjuk ajar kepada saudara baharu yang juga pembantu jurulatih dan penganalisis video pasukan, Pol Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Norizam atau lebih dikenali dengan Zamburger dilihat mengajar cara sembahyang dan berwuduk ketika waktu solat Subuh di Masjid Bukit Damansara, hari ini.

"Jam 6am (6 pagi) saya menunggu Pol Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara. Beliau hadir awal. Ajar beliau ambik air sembahyang. Dan beritahu perkara asas solat.

"Walaupun beliau baru, saya pesan apapun mulakan dengan niat. Niat solat bukan untuk glamour,untuk orang tetapi lakukan solat subuh ni untuk Allah S.W.T. Allah S.W.T Maha Kuasa.

"Kita yang perlukan Allah dan bukan sebaliknya. Saya terangkan juga kelebihan Subuh, faedahnya...mendengar Azan bersama dan Alhamdulillah selesai solat subuh dua rakaat berjemaah.

"Kita doakan kebaikan saudara baru Pol Abu Bakar supaya mati dalam iman dan Islam serta jelas hala tuju hidupnya," tulis Norizam di akaun Facebook miliknya.

Semalam, Pol Abu Bakar atau nama asalnya Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan memeluk agama yang disyahadahkan sendiri oleh Norizam, di depan beberapa saksi barisan kejurulatihan yang lain.

Untuk rekod, Pol Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini.

Disiarkan pada: February 9, 2023 @ 12:09pm
d