mutakhir

TMJ lawat mangsa banjir, sampaikan sumbangan kurniaan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan kurnia bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Kota Tinggi, Johor yang dilanda banjir akibat kenaikan paras air mendadak.

Menurut hantaran dimuat naik menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor, bantuan kurniaan itu diagihkan kepada 13 PPS membabitkan 259 keluarga yang secara keseluruhan adalah seramai 1,159 penduduk.

Penyampaian itu disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Dalam hantaran berasingan, TMJ juga dilaporkan turut melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 3 dan Dewan Syarifah Azizah, Kluang, Johor, hari ini.

Disiarkan pada: March 1, 2023 @ 11:56pm
d