WM

Antioksidan cegah penyakit

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Pengambilan makanan kaya dengan antioksidan memainkan peranan penting mengekalkan tahap kesihatan.

Antioksidan dapat merendahkan keradangan hingga membantu mencegah beberapa penyakit serius seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.

Ia berperanan melambatkan tindak balas pengoksidaan dengan mencegah pembentukan radikal baru, menangkap radikal bebas dan membalikkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

Anda boleh menambah antioksidan semula jadi badan daripada pengambilan makanan.

Berikut beberapa makanan yang boleh dimasukkan ke dalam diet anda kerana mengandungi antioksidan yang tinggi:

1. Madu

Madu adalah bahan penyembuh yang mempunyai kandungan antioksidan seperti asid fenolik, flavonoid, vitamin dan enzim.

2. Coklat hitam

Coklat hitam memiliki kandungan mineral dan antioksidan yang lebih banyak berbanding coklat lain. Dalam 100 gram coklat hitam mengandungi sekitar 15 mol antioksidan. Salah satu kandungan antioksidan yang terdapat dalam coklat hitam adalah flavonoid yang dapat membantu menurunkan tekanan darah sekali gus mengurangkan risiko diabetes.

3. Strawberi

Buah strawberi mempunyai vitamin C yang tinggi yang dapat membentuk antioksidan untuk meningkatkan imun badan, keanjalan kulit dan mencegah anemia.

4. Kacang

Kacang antara sumber sayuran yang mempunyai antioksidan terbaik. Sesetengah kacang seperti kacang pinto mempunyai antioksidan yang dipanggil kaempferol yang boleh mengurangkan keradangan kronik. Selain mengandungi serat dan nutrien, kacang adalah sumber yang bagus untuk dipertimbangkan untuk keperluan antioksidan anda.

5.Beri biru

Beberapa kajian mendapati bahawa beri biru mengandungi jumlah antioksidan tertinggi. Buah ini padat dengan vitamin dan nutrien. Antioksidan khusus untuk beri biru (seperti antosianin) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dianggap sebagai makanan yang mampu merangsang otak.

6. Kubis kerinting

Sayuran berdaun ini dipenuhi dengan vitamin A, vitamin C, vitamin K, dan antioksidan.

Disiarkan pada: March 7, 2023 @ 7:00am
d