Eropah

Parlimen Sweden lulus usul sertai NATO

Oleh BERNAMA

Stockholm: Parlimen Sweden pada Rabu meluluskan usul untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sejumlah 269 menyokong, 37 menentang, 43 ahli parlimen tidak hadir manakala dua daripada lapan parti di Parlimen (Riksdag) -- Left Party dan Green Party -- mengundi menentang usul berkenaan.

Hungary dan Türkiye merupakan dua negara terakhir daripada 30 ahli NATO yang belum meratifikasi penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu, lapor Xinhua.

Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei lepas.

Disiarkan pada: March 23, 2023 @ 5:10pm
d