mutakhir

Mangsa kedua ditemukan lemas

Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Seorang lagi remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang di Sungai Masai, berhampiran Flat Seri Intan, Bandar Seri Alam, di sini ditemukan lemasjam 7.38 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Pegawai Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, mangsa pertama ditemukan pada jam 5.06 pagi.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Danish Ahmad, 11, dan Zahir Ajmal Mohd Idris, 13.

"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kedua-dua mangsa itu pada jam 11.31 malam, semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak membabitkan seramai 19 pegawai dan anggota.

"Operasi SAR yang dimulakan pada jam 4.28 pagi berjaya menemukan mangsa pertama iaitu Mohd Danish pada jam 5.06 pagi manakala mangsa kedua, Zahir Ajmal pula ditemukan pada jam 7.38 pagi.

"Kedua-duanya ditemukan pada jarak antara 50 meter hingga 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sarhan Akmal berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.33 pagi.

Disiarkan pada: May 20, 2023 @ 12:55pm
d