mutakhir

Remaja menipu diculik untuk dapat RM100,000 dibebaskan dengan jaminan polis

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Remaja perempuan yang ditahan selepas menipu konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa ini untuk tindakan selanjutnya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan yang enggan dikongkong dan mahu hidup bebas sanggup menipu ahli keluarganya konon menjadi mangsa culik.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 9:35pm
d