rap

Nurul Shuhada mahu anak-anaknya

Oleh Zaara Talita

Shah Alam: "Saya nak anak-anak saya, semoga dipermudahkan hari ini," kata isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, kira-kira jam 3.20 petang.

Hari ini adalah prosiding sebutan kes tuntutan hadhanah buat Hafidz dan isterinya terhadap dua anak mereka, Humairah, 6, dan Umar, 2.

Nurul Shuhada hadir pada waktu sama bersama peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf.

Kira-kira 30 pengamal media dari pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah untuk membuat liputan.

Tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh difailkan Hafidz selaku plaintif pada 18 April lalu dengan menamakan isterinya, Nurul Shuhada sebagai defendan, manakala hadanah sementara atau interim pula difailkan.

Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.

Disiarkan pada: June 12, 2023 @ 4:07pm
d