mutakhir

Lelaki dikhuatiri lemas ketika cuci kaki di sungai

Oleh Juwan Riduan

Papar: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Batu Bandung Daingin, Kimanis, di sini, semalam.

Mangsa Jebenoh Antonny, 31, dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika ingin mencuri kakinya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.17 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis digerakkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai Unit Anjing Pengesan (K9).

"SAR diteruskan hari ini, namun belum ada sebarang penemuan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya di sini, hari ini.

Operasi SAR turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Disiarkan pada: June 29, 2023 @ 1:35pm
d