Kuala Lumpur: Boon Siew Honda memperkenalkan model Honda Vario 160 Edisi Terhad dengan warna baharu Repsol untuk pasaran tempatan.
Ia hanya ditawarkan sebanyak 2,000 unit di semua pengedar sah motosikal Honda di seluruh negara mulai esok dengan harga jualan asas RM10,498 (atas jalan tanpa cukai jalan dan insurans).
Skuter ini dikuasakan dengan enjin 157cc, 4 injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+) dengan kuasa 15.3 kuasa kuda (hp) pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000 rpm.
Honda Vario 160 Edisi Repsol dengan transmisi CVT dan menggunakan enhances Smart Architecture Frame (eSAF) menjadikannya lebih lincah untuk tunggangan.
Ia juga didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda hadapan, Sistem Kunci Pintar Honda, lampu LED dan pengecas USB.