mutakhir

Warga emas ditemukan lemas selepas lima hari hilang

Oleh Erika George

Baram: Lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian bot karam Isnin lalu ditemukan terapung di hilir Sungai Tutoh, di sini, semalam.

Mayat Jangin Luwau ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) 5.03 petang pada jarak lapan kilometer ke hilir sungai dari lokasi terakhir perahu dinaiki bersama lima lagi rakannya karam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa ditemukan masih lagi dalam keadaan sempurna.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam kejadian 5.30 petang Isnin lalu, mangsa bersama lima lagi rakannya menggunakan perahu dalam perjalanan balik dari Long Bedian menuju ke Kampung Ba Selulong.

Malangnya perahu dinaiki mereka karam di tengah sungai akibat arus deras yang sangat deras.

Lima lagi rakan mangsa yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Disiarkan pada: July 22, 2023 @ 9:22am
d