mutakhir

PRN: 'Mengundi dengan aman, jangan tangguh tanggungjawab' - Anwar

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Permatang Pauh: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di enam negeri menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, pengundi di negeri berkenaan dinasihatkan supaya segera keluar awal bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati suasana pengundian di keenam-enam negeri berada dalam keadaan baik dan tenang.

"Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturahim.

"Mengundi dengan aman, harap keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal," katanya ketika ditemui di pusat pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, hari ini.

Anwar yang memakai kemeja berwarna biru dan turut diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat selesai mengundi pada jam 9.40 pagi.

Terdahulu, mereka tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, pada jam 9.33 pagi.

Pada PRN kali ini, DUN Penanti menyaksikan persaingan dua penjuru antara penyandangnya, Muhammad Faiz Fadzil dari AMANAH menentang pencabarnya, Amir Hamzah Abdul Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 10:31am
d