mutakhir

Budak lelaki lemas mandi Sungai Perak

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kuala Kangsar: Kanak-kanak lelaki ditemui lemas, hari ini selepas mandi bersama rakannya di Sungai Perak dekat Jambatan Sultan Abdul Jalil (Jambatan Sayong) di sini.

Muhammad Miqaell Qabillah Azhar, 11, dikatakan mandi di tepi sungai itu sebelum dilapor hilang kira-kira 5 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa dijumpai terapung oleh orang awam pada 7.55 malam.

Sebelum itu katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada 7.46 malam dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dihantar ke lokasi.

"Mayat mangsa dijumpai 10 meter dari lokasi dia hilang dan mayatnya diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 10:24pm
d