T&C SENANG JER CONTEST 2017

CARA - CARA PENYERTAAN

  1. Peserta perlu mendapatkan borang penyertaan didalam akhbar Harian Metro bermula 1 Mac sehingga 30 April 2017 (Tertakluk kepada perubahan).
  2. Setiap borang penyertaan mestilah dikepilkan bersama 10 keratan kepala akhbar (Masthead) Harian Metro.
  3. Keratan kepala akhbar bertarikh sebelum tarikh mula peraduan tidak dikira dan dianggap batal.
  4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang tempoh peraduan
  5. Borang penyertaan dan keratan kepala akhbar (Masthead) mestilah yang asli dan BUKAN salinan.
  6. Lengkapkan borang penyertaan anda dan hantar ke :


    Peraduan Senang Jer!! Harian Metro
    Peti Surat 10091
    Pejabat Pos Besar
    50700 Kuala Lumpur

    ATAU Hantar Sendiri Ke:


    The New Straits Times Press (M) Berhad ( Gate 3 )
    31 Jalan Riong, Bangsar
    59100 Kuala Lumpur

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas kecuali kakitangan Media Prima Berhad, kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat.
  2. Peraduan ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac sehingga 30 April 2017.
  3. Hadiah untuk peraduan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Hadiah Mingguan, Hadiah Bulanan & Hadiah Utama.
  4. Hadiah Mingguan, Bulanan serta Hadiah Utama telah pun ditetapkan dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai atau hadiah lain.
  5. Dalam peraduan ini anda boleh memilih untuk menghantar penyertaan sama ada untuk memenangi hadiah mingguan, bulanan atau hadiah utama, sebagai contoh sekiranya anda ingin memenangi hadiah mingguan ada hanya perlu menghantar penyertaan yang telah dikumpul selama seminggu sehingga tarikh tutup untuk minggu tersebut, begitu juga dengan hadiah bulanan.
  6. Penyertaan yang terkumpul menerusi mingguan dan bulanan akan melayakkan anda untuk memenangi hadiah utama.
  7. Harian Metro berhak menukar hadiah kemenangan dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa memberi notis awal.
  8. Harian Metro berhak menggunakan gambar, nama, alamat, informasi, dokumen mengenai pemenang dan rakaman temubual untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa tanpa sebarang bayaran / saguhati kepada pemenang.
  9. Keputusan hakim peraduan adalah muktamad dan segala surat menyurat tidak akan dilayan.
  10. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan serta slogan dan jawab soalan mudah yang diberikan dengan menggunakan HURUF BESAR dan ditulis dengan terang.
  11. Tarikh tutup peraduan adalah seperti berikut :
    Bulanan :  
    (Mac) 31 Mac 2017 sebelum jam 3 petang
    (April) 30 April 2017 sebelum jam 3 petang

    Mingguan :  
    (Mac) 07 Mac 2017 sebelum jam 3 petang
      14 Mac 2017 sebelum jam 3 petang
      21 Mac 2017 sebelum jam 3 petang
      28 Mac 2017 sebelum jam 3 petang

    Mingguan :  
    (April) 07 April 2017 sebelum jam 3 petang
      14 April 2017 sebelum jam 3 petang
      21 April 2017 sebelum jam 3 petang
      28 April 2017 sebelum jam 3 petang

(Tertakluk kepada perubahan)

PEMILIHAN PEMENANG

  1. Pemenang mingguan akan menerima hadiah berupa baucar pasaraya bernilai RM150 setiap seorang untuk 10 pemenang.
  2. 1. Hadiah untuk pemenang bulanan terbahagi kepada 3 kategori iaitu tempat pertama,kedua & ketiga dan akan ada 1 pemenang setiap kategori, pemenang pertama akan menerima hadiah berupa LED TV berjenama dan tempat kedua pula akan menerima telefon bimbit berjenama manakala tempat ketiga akan menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM1,000 setiap seorang.
  3. Pihak penganjur akan menghubungi setiap pemenang mingguan selepas tarikh tutup peraduan setiap minggu manakala pemenang hadiah bulanan dan hadiah utama akan dihubungi selepas tarikh tutup peraduan bagi majlis penyerahan hadiah yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
  4. Peserta dan pemenang adalah tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi yang terdapat di www.nstp.com.my/Personal-Data-Protection-Notice/