JENAZAH Chek Ros ditemui di kebun sawit di FELDA Palong 8, kelmarin.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Jempol: “Sudah 10 hari ahli keluarga mencarinya namun menemui jalan buntu. Kebimbangan kami terjawab apabila mayat bapa ditemui dalam kebun kelapa sawit,” kata Rohayu Chek Ros, 38, anak kepada Chek Ros Omar, 77, yang ditemui meninggal dunia dalam kebun sawit di FELDA Palong 8, di sini, jam 4 petang kelmarin.

Rohayu berkata, bapanya berdepan masalah lupa keluar rumah, 8 Mei lalu sebelum gagal dikesan.

Katanya, pelbagai usaha dibuat ahli keluarga untuk mengesan Chek Ros termasuk menampal poster di Bahau dan Gemas namun menemui jalan buntu.

“Biarpun keluarga bersedih namun kami bersyukur mayat bapa ditemui,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Chek Ros, 8 Mei lalu sebelum mayat mangsa ditemui seorang penerokadi kebunnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 5:54 AM