Jumaat, 13 Januari 2017.

Petra Jaya: “Jangan bimbang... saya masih kuat.” Itu reaksi Puan Sri Jamilah Anu di hadapan kumpulan media yang merakamkan salam takziah kepada beliau ketika jenazah suaminya, Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, jam 10.58 pagi, semalam untuk disembahyangkan.

Khamis, 12 Januari 2017.

Petrajaya: Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan jam 3.04 petang di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, hari ini.

Khamis, 12 Januari 2017.

Petra Jaya: Jenazah Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selesai disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang, 1.46 tengah hari tadi.

Khamis, 12 Januari 2017.

Petrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, 12.05 tengah hari tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Khamis, 12 Januari 2017.

Petrajaya: Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, 10.58 pagi tadi untuk dimandikan dan dikapankan.

Khamis, 12 Januari 2017.

RUNDINGAN PENURUNAN KUASA KEMUNCAK KEPIMPINAN ADENAN SATEM

Khamis, 12 Januari 2017.

Kuching: Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.

Khamis, 12 Januari 2017.

Kuching: Polis menahan lelaki yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia semalam.

Khamis, 12 Januari 2017.

Menghitung perjalanan politiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terlalu baru. Kalau ikutkan, hanya 46 hari saja lagi genaplah tiga tahun beliau memegang tampuk kepimpinan utama negeri itu.

Khamis, 12 Januari 2017.

Shamran Sarahan dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Rabu, 11 Januari 2017.

Seremban: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan tengah hari tadi.

Rabu, 11 Januari 2017.

BERIKUT adalah beberapa petikan kata-kata Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, yang terkenal.

Rabu, 11 Januari 2017.

Kuching: Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.

Rabu, 11 Januari 2017.

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengenai kematian dan kekosongan luar jangka kerusi DUN N.03 Tanjong Datu.

Rabu, 11 Januari 2017.

Kuala Lumpur: Kebajikan rakyat Sarawak dan kesejahteraan negeri adalah perkara sentiasa dekat dalam hati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Rabu, 11 Januari 2017.

Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, hari ini, sebagai mengejutkan dan kehilangan besar bukan sahaja kepada penduduk Sarawak, malah kepada Barisan Nasional (BN).

Rabu, 11 Januari 2017.

KUALA LUMPUR: Pemergian pemimpin kesayangan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama Tan Sri Adenan Satem yang mesra dengan panggilan "Tok Nan" dan "Apai Besai" hari ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat negeri itu.

Rabu, 11 Januari 2017.

Kangar: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, pemimpin disegani dan berpengalaman.

Rabu, 11 Januari 2017.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keluarga Tan Sri Adenan Satem bersabar dengan pemergian Allahyarham tengah hari tadi.

Rabu, 11 Januari 2017.

Johor Bahru: Kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan petang tadi.