ELICA. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Gadis kelahiran Tambunan, Sabah ini menyimpan angan-angan bergelar penyanyi disegani sejak kecil.

Tidak sangka, laluan Elica atau nama penuhnya Angelica Paujin, 18, dipermudahkan dan rezeki datang lebih awal apabila dia diumumkan juara Mentor Milenia 2017, baru-baru ini.

Lebih indah, nyanyiannya pada final program itu menerusi lagu Samar Bayangan mendapat pujian daripada penyanyi asalnya, Nicky Astria.

Tentu sekali ia satu mimpi jadi kenyataan buat Elica lantaran Nicky adalah nama legenda paling disegani dari Indonesia.

Berkongsi kegembiraan itu, menurutnya dia ibarat masih di awang-awangan selepas legenda terbabit memuat naik video nyanyiannya di akaun Instagram peribadinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 3:53 AM