GAMBAR menunjukkan seorang doktor dan jururawat (dalam bulatan) bergaduh ketika seorang pesakit dibedah di sebuah hospital di tengah China. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Aksi pergaduhan antara seorang doktor dan jururawat ketika seorang pesakit menjalani pembedahan di sebuah hospital di tengah China, kini menjadi tular di media sosial.

Rakaman kamera keselamatan di sebuah dewan pembedahan di Hospital Tengah Lankao di wilayah Henan menunjukkan seorang lelaki dipercayai doktor dan jururawat berbalas tumbukan.

Pergaduhan kelihatan berlaku ketika seorang pesakit masih berbaring di meja pembedahan dan dikelilingi beberapa pegawai perubatan.

Pergaduhan bermula apabila doktor itu membuka sarung tangan getah dipakainya sebelum membalingnya ke muka jururawat berkenaan.

Jururawat itu kemudian bertindak memukul doktor berkenaan menyebabkan lelaki itu terus menumbuk wanita berkenaan beberapa kali di kepala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 4:49 AM