HATNA pastikan telekung digunakan jemaah wanita sentiasa bersih dan terjaga. Gambar kecil, Hatna menyapu lantai Masjid Jamek As-Soghir, Taman Pekaka, Sungai Dua. FOTO Mohd Hilmi Mahmud
Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my


Georgetown: Selepas lebih tiga tahun kehilangan suami tercinta, Hatna Musni, 43, meneruskan kehidupan harian dengan bekerja sebagai siak masjid bagi menanggung kehidupannya bersama lima anak yang masih kecil dan bersekolah.

Hatna tinggal di Masjid Jamek As-Soghir selepas suaminya, Abd Manan Karim meninggal dunia akibat sakit tua dan dia menggalas tugas sebagai ketua keluarga.

Menurutnya, sejak suaminya tiada, dia membawa lima anaknya berusia tiga hingga 16 tahun tinggal di masjid berkenaan dan diambil bekerja sebagai siak masjid dengan elaun RM650 sebulan.

“Saya diambil bekerja di masjid ini sebagai tok siak. Tugas saya menjaga kebersihan masjid dan memasak sekiranya diperlukan.

“Walaupun tugas mencari rezeki ini mencabar, saya bekerja untuk meneruskan hidup dan menanggung kehidupan keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek As- Soghir, Taman Pekaka, Sungai Dua, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 6:10 AM