RUSIDAH menganggap kekurangannya satu rahmat. FOTO Jakarta Post
Jakarta Post

Malang menimpa dirinya. Kerana penyakit, kedua-dua belah tangannya terpaksa dipotong ketika dia membesar. Namun, Rusidah enggan terus menderita akibat kekurangannya itu.

Selepas tamat belajar di sebuah sekolah menengah di daerah Purworejo, Jawa Tengah, Rusidah menyambung pelajaran di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Dr. Suharso di Surakarta pada 1989.

Sepanjang tiga tahun berada di situ, dia mempelajari fotografi.

Rusidah kemudian mengambil keputusan pulang ke kampungnya di Botorejo, di daerah Bayan, Purworejo, dan mula mencari rezeki dengan menjadi jurugambar bebas.

Dia menggunakan kamera yang diubah suai dan sering diminta untuk merakam gambar di majlis perkahwinan atau acara anjuran kerajaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 8:05 AM