PAK Ali. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my


Kepala Batas: “Saya tidak fikir soal raya. Saya akan tinggal dan menghembuskan nafas terakhir di sini bersama rakan senasib,” kata penghuni Kompleks Darul Hanan (DH), Pongsu Seribu, dekat sini, yang mahu dikenali sebagai Pak Ali.

Pada usia 73 tahun, Pak Ali mengakui, tidak memerlukan apa-apa lagi kecuali kasih sayang dan rasa hormat yang tidak dinikmati sebelum ini dan bersyukur kerana menemui apa diingini selepas menghuni pusat jagaan itu sejak tiga bulan lalu.

“Memang Aidilfitri hanya beberapa hari lagi, tapi saya tak fikir itu semua. Saya putuskan hubungan dengan dunia dan hanya mahu tenang di sini,” katanya selepas dikunjungi Pengerusi DH Datuk Jahara Hamid, semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Pak Ali yang berasal dari Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai pemandu berkata, dia menghuni DH selepas meninggalkan keluarganya lebih setahun dan menjadi musafir sehingga sampai di Pulau Pinang.

Dia mengakui mempunyai keluarga seperti orang lain sebelum ini, tetapi caranya menerapkan disiplin dalam kehidupan tidak disenangi anak sendiri sebelum memilih menjadi musafir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 8:40 AM