Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


EMPAT remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini kerana dituduh membunuh T Nhaveen, 18.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh J Ragesuthen, 18, S Gokulan, 18, bersama dua remaja bawah umur didakwa menyebabkan kematian Nhaveenpada 9 Jun lalu berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor antara jam 11 hingga 12 tengah malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Amin kemudian menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 4:30 PM
Anggota polis mengiringi empat remaja untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Georgetown. FOTO Danial Saad