AKSI Pickford ketika mengawal gawangnya daripada ditembusi penyerang Everton.
Agensi

London: Sewaktu Jordan Pickford menjadi tumpuan Liga Perdana Inggeris sebagai penjaga gol nombor satu Sunderland, ada yang menjangkakan dia akan bergelut berdepan tugasan itu.

Sebaliknya penjaga gol berusia 23 tahun itu menyahut cabaran dan ternyata ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang dikecapi Pickford adalah hasil usaha bertahun lamanya.

Sebelum penampilan sulung Liga Perdana Inggeris di Tottenham Hotspur pada Januari 2016, dia membuat 116 penampilan aksi liga sewaktu dipinjamkan ke enam kelab berbeza, dari kelab bukan liga hinggalah ke kelab liga Kejuaraan bersama Preston North End.

Langkah pertamanya dalam bola sepak senior bermula di Darlington. Pickford gagal memenangi semua 17 perlawanan dengan kelab itu dan tersingkir divisyen sebelum akhirnya meraih tiga mata.

“Dia berdepan situasi sukar,” kata pemain tengah Darlington Adam Rundle. “Dia perlu menyelamatkan 25 hingga 30 percubaan. Semua ini mungkin membantunya menjadi matang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 4:17 AM