KEBANYAKAN projek yang ditawarkan LBS mendapat sambutan pembeli yang ingin mendiami.
KEBANYAKAN projek yang ditawarkan LBS mendapat sambutan pembeli yang ingin mendiami.
Hafiz Ithnin

BICARA berkenaan pemilikan kediaman baharu antara yang sering kita dengar. Ada pula yang berpendapat kenaikan harga aset itu setiap tahun menyebabkan betapa pentingnya tidak melengahkan untuk memilikinya.

Bagaimanapun, faktor mampu milik masih menjadi daya tarikan paling utama bagi memastikan situasi kewangan peribadi tidak terjejas setiap bulan. Apatah lagi, tempoh pembiayaannya memakan masa yang lama.

Dalam masa yang sama, keadaan penjualan kediaman melebihi kemampuan rakyat sebenarnya memberi kesan yang besar kepada persekitaran pasaran hartanah tempatan.

Melihat kepada situasi itu, pemaju hartanah semestinya perlu juga bijak khususnya dalam kepelbagaian segmen penawaran jualan produk kepada pembeli kediaman demi memastikan ketidakbolehpasaran kelak.

Baru-baru ini, dalam satu taklimat media pemaju hartanah, LBS Bina Group Bhd (LBS) mengumumkan 11 projek baru pada 2020 dan tujuh daripadanya bermula RM300,000 sehingga RM500,000. Lokasinya, terletak di pinggir Lembah Klang dan Perak.

LIM Hock San (kanan) melaporkan mengenai prestasi jualan hartanah LBS yang memberangsangkan pada 2019.
LIM Hock San (kanan) melaporkan mengenai prestasi jualan hartanah LBS yang memberangsangkan pada 2019.

Tujuh projek berkenaan ialah Kita Ria, [email protected] (apartment), Kita Sejati, [email protected] (apartment), Kita Mekar, [email protected] (teres setingkat)

Melodi Perdana, LBS Alam Perdana (apartment), Ritma Perdana, LBS Alam Perdana (rumah bandar), Emerald Garden 3, Bandar Putera Indah (rumah teres setingkat) dan Taman Kinding Flora, Chemor (rumah teres setingkat & kluster teres).

Syarikat itu turut mengakui memberi tumpuan kepada faktor mampu milik, hubungan rangkaian dan komuniti penting sebelum melancarkan produk baru penting bagi memastikan kelangsungan prestasi LBS pada tahap positif dari tahun ke tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, tahun ini dilihat adalah waktu terbaik bagi pembeli mendapatkan kediaman mereka memandangkan dijangkakan bakal berlaku penurunan kadar faedah semalaman (OPR).

Prestasi OPR memainkan peranan penting kepada pembeli bagi memastikan komitmen bayaran bulanan kepada pihak pembiaya tidak terlalu tinggi.

Katanya, ketidakboleh pasaran sesuatu produk yang dilancarkan kepada pembeli juga bergantung kepada lokasi ditawarkan kepada pemaju dan perkara itu tidak berlaku kepada LBS memandangkan kebanyakan pembeli rumah yang diperkenalkannya untuk didiami bukan untuk pelaburan.

LIM  melihat projek kediaman mampu milik dan lokasi memainkan peranan penting dalam pasaran.
LIM melihat projek kediaman mampu milik dan lokasi memainkan peranan penting dalam pasaran.

“Kita masih lagi memberi tumpuan kepada Lembah Klang dan yang berdekatan dengannya kerana kawasan berhampiran ibu negara sentiasa menjadi perhatian rakyat untuk bekerja. Mereka ini, datang dari negeri lain,” katanya.

Pada 2019, LBS melancarkan 11 projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.82 bilion di lima buah lokasi dengan jualan kebanyakannya tertumpu di kawasan tengah.

Perbandaran KITA @ Cybersouth yang baru dilancarkan pada April 2019 dan perbandaran LBS Alam Perdana muncul sebagai penyumbang utama jualan.

Selain daripada itu, projek seperti Emerald Garden 3, Laman Bayu di Bandar Putera Indah, Johor dan Taman Kinding Flora di Chemor, Ipoh turut menyumbang kepada prestasi mantap kumpulan LBS.

Menerusi 18 projek yang sedang berjalan dan bank tanah di masa akan datang berkeluasan 3,630 ekar sehingga 31 Disember 2019, Lim menjangkakan prospek jualan kumpulan akan kekal berdaya tahan pada 2020 dengan sasaran RM1.6 bilion.

Lim berkata, sentimen terhadap sektor perumahan yang tinggi dan kriteria pinjaman perumahan dijangka lebih ketat dilaksanakan tahun ini.

Namun sebagai pemaju perumahan rakyat, LBS meneruskan usaha di dalam mempertingkatkan kemudahan dan memenuhi keperluan bakal pembeli rumah moden dengan memaparkan kelainan dari segi ruang dan reka bentuk yang inklusif untuk pengalaman gaya hidup bermakna.

“Di sebalik persekitaran pasaran ekonomi dan hartanah yang mencabar, LBS kekal bertahan dan kami berjaya mendapatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 20.37 peratus dalam tempoh lima tahun daripada pendekatan mesra rakyat dan penggunaan meluas Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di samping pengoptimuman reka bentuk.

“Dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan perbandaran yang berkualiti dan mampu milik di lokasi strategik, pendekatan ini terbukti berkesan dan kekal sebagai satu segmen yang kukuh di dalam sentimen pasaran yang kurang memberangsangkan. Ini selaras dengan prestasi kewangan LBS yang ditunjukkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 6:00 AM