Pembeli bijak akan mempertimbangkan beberapa kriteria semasa mencari rumah kediaman
Pembeli bijak akan mempertimbangkan beberapa kriteria semasa mencari rumah kediaman
Noraniza Azmi

SETIAP individu mempunyai sebab tersendiri dan keutamaan yang diberi perhatian ketika memilih rumah idaman.

Ada yang ingin membeli rumah untuk didiami, ada pula yang mahu membuat pelaburan dan tidak kurang juga membeli rumah untuk diwariskan kepada anak-anak.

Walau apa pun tujuannya, pembeli yang bijak perlu mengambil kira beberapa faktor penting sebelum membuat keputusan membeli rumah di pasaran.

Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu diutamakan:

1.Lokasi strategik

Jangan sesekali ambil mudah dengan lokasi rumah yang dipilih. Terutamanya jika anda mempunyai rutin harian yang sibuk. 

Oleh itu, adalah disarankan memilih kediaman berdekatan lebuhraya bukan sahaja untuk memudahkan perjalanan, tetapi pada masa sama dapat menjimatkan masa. 

2. Kawasan yang dilengkapi prasarana

Kemudahan dan perkhidmatan asas yang penting seperti pendidikan, kesihatan, perbankan dan sebagainya menunjukkan bahawa sesebuah kawasan itu memiliki prasarana yang baik. 

Kebiasaannya kawasan sebegini akan dibangunkan oleh pemaju yang mampu memastikan bahawa pembangunan tidak terbengkalai dan kualiti rumah pada tahap terbaik. 

Sebagai contoh, projek perumahan yang dibangunkan oleh EcoWorld sentiasa mementingkan kepuasan hati pelanggan. 

3. Reka bentuk rumah yang praktikal

Elakkan membeli rumah mempunyai reka bentuk luar biasa kerana kemungkinan besar ia akan memakan ruang rumah.

Ruang rumah yang luas akan memberikan keselesaan yang maksima kepada anda dan keluarga malah praktikal untuk sebarang idea hiasan dalaman.

4. Kemudahan yang disediakan

Pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pemaju boleh dikira sebagai bonus untuk pembeli bijak. Antara kemudahan yang menjadi pilihan seperti kolam renang, gimnasium, clubhouse dan lain-lain.

Image

Dua buah projek 'duduk' iaitu Huni D'Eco Ardence terletak di Setia Alam dan Se.Ruang D'Eco Sanctuary di Kota Kemuning antara pilihan yang boleh dipertimbangkan jika anda masih mencari kediaman idaman. Untuk pengetahuan anda, 'duduk' merupakan jenama terbaru daripada EcoWorld. 

Kedua-dua lokasi ini berada di kawasan strategik dan mempunyai kemudahan perbandaran lengkap yang bakal memudahkan kehidupan seharian anda.

Sekolah, pusat perubatan, institusi perbankan, pusat membeli-belah dan kemudahan lain berada di sekeliling kedua-dua kawasan ini.

Malah, dengan rekod cemerlang pemaju terkemuka, anda tidak perlu bimbang tentang kualiti rumah ditawarkan.

Image

Untuk pengetahuan anda, unit 'duduk' memiliki keluasan selesa dan ruangan praktikal untuk keluarga iaitu 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. 

Bermakna, harga sebuah unit 'duduk' sesama dengan 7,600 biji durian Musang King dengan anggaran purata RM50 sebiji!

Selain itu, ia turut dilengkapi kemudahan seperti dua tempat letak kereta bagi satu unit rumah, gimnasium, kolam renang dan dewan serbaguna untuk kegunaan pembeli.

Projek 'duduk' di Huni D'Eco Ardence dan Se.Ruang D'Eco Sanctuary ini juga disertakan dengan pakej separa berperabot dan peralatan rumah pintar. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  'duduk' di Huni D'Eco Ardence dan Se.Ruang D'Eco Sanctuary, anda boleh mendaftar di laman duduk ataupun rujuk di laman Facebook duduk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 11:56 AM