PEMENANG pertandingan AEON BiG Little Star Search 2019 bergambar kenangan.

KELINCAHAN Melvyn Chu, 2, dengan aksi memandu motosikal elektrik bertemakan lagu Crazy Frog sambil menari mencuri hati juri yang menobatkannya sebagai pemenang utama pertandingan AEON BiG Little Star Search 2019.

Segak berpakaian lengkap juruterbang, gelagat comel Melvyn melayakkannya membawa pulang dana pendidikan berjumlah RM20,000 dan produk Drypers untuk setahun bernilai RM1,800 serta bakal menjadi model AEON BiG bagi Tawaran Si Comel selama dua tahun.

Berlangsung meriah di Pusat Beli Belah AEON BiG Subang Jaya, baru-baru ini, tempat kedua pertandingan itu dimenangi Michelle Ang dari Johor yang menerima AEON BiG Gift Card berjumlah RM2,000 dan produk Drypers bernilai RM1,200.

Pemenang ketiga, Muhammad Haidar Aqhyas dari Kuala Lumpur pula membawa pulang AEON BiG Gift Card berjumlah RM1,000 dan produk Drypers bernilai RM800.

Bagi hadiah sagu hati, tujuh pemenang membawa pulang AEON BiG Gift Card berjumlah RM500 dan produk Drypers bernilai RM350 setiap satu.

Peraduan yang mendapat sokongan penuh daripada rakan kongsi utamanya, Drypers itu bermula pada April lalu dan terbahagi kepada beberapa pusingan di mana pengunjung turut berpeluang mengundi kanak-kanak pilihan mereka.

Sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 55,000 undian diterima dan hanya 10 finalis dipilih ke pusingan akhir.

Sementara itu, bersempena sambutan ulang tahun ketujuh AEON BiG, peraduan Win BiG & Fly BiG kini berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Pelanggan hanya perlu berbelanja RM70 di Pasar Raya Besar AEON BiG dan masukkan borang penyertaan ke dalam kotak penyertaan untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melebihi RM500,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 6:00 AM