TOTAL IMAGE beri penyelesaian menerusi Smelly No More Roll On & Spray Deodorant.


CUACA panas ditambah pula aktif dengan tugas seharian, agak mustahil bagi kita untuk tidak berpeluh dengan banyak sekali gus mengundang bau yang kurang menyenangkan.

Ada juga berhadapan masalah badan berbau walaupun tidak aktif. Mungkin kerana faktor makanan yang diambil.

Pastinya keadaan ini menimbulkan kerisauan dan menjejaskan keyakinan diri sekali gus menjauhkan diri daripada orang sekeliling.

Bagaimana untuk menghilangkan bau badan dan waktu sama memastikan badan kita sentiasa segar?

Kebanyakan pengguna kini lebih cenderung memilih produk berasaskan sumber semula jadi seperti lebih mesra kulit dan mencegah kegatalan disebabkan tiada sebatian kimia.

Memahami keadaan ini, Total Image hadir dengan penyelesaian apabila memperkenalkan deodoran untuk menghilangkan bau badan menerusi Smelly No More Roll On & Spray Deodorant.

Ia diperbuat daripada kristal semula jadi dan mampu bertindak lebih cepat dan berkesan merencatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Kandungan kristalnya diperoleh daripada garam mineral tulen dan semula jadi dipercayai sejak lebih 20 tahun lalu.

Bertahan sepanjang hari, ia mudah digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak serta ahli sukan malah sesuai bagi kulit sensitif atau alahan.

Produk ini boleh digunakan pada bahagian badan yang kerap mengalami masalah bau badan seperti ketiak, leher, belakang lutut, tapak tangan dan tapak kaki.

Didatangkan dalam dua pek, saiz 60 gram (g) lebih kecil dan ringan serta sesuai dibawa ke mana-mana untuk kegunaan selama tiga bulan manakala saiz 120 gram pula enam bulan.

Total Image Smelly No More Deodorant Spray juga hadir dalam bentuk yang kecil dan ringan iaitu 75 mililiter (ml) sahaja supaya senang dipakai dan mudah dibawa ke mana-mana.

Selain digunakan pada bahagian badan yang berbau, ia juga boleh disembur pada pakaian seperti stoking, baju, kasut dan tudung untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

Melalui formulasi berasaskan semula jadi dan air, ia juga membantu melegakan masalah tumit merekah yang disebabkan oleh kulit kering atau jangkitan bakteria.

Sama ada Crystal Roll On Deodorant Stick atau Deodorant Spray, kedua-duanya sesuai untuk semua peringkat umur dan kaum. Ia juga selamat untuk umat Islam kerana diperbuat daripada garam mineral semula jadi tanpa kandungan bahan alkohol. Total Image Smelly No More Deodorant Spray disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Produk ini boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring serta semua farmasi utama lain di seluruh negara pada harga runcit RM16.90 (60g), RM24.90 (120g) dan RM27.90 untuk semburan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-22761366 atau lawati www.totalimage.com.my dan laman sosial Facebook/TotalImageMalaysia serta Instagram/totalimagemy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 5:10 AM