Intan Mas Ayu Shahimi


PENGARUH drama dan pelbagai program menarik di televisyen mudah membuatkan kita leka. Selain televisyen, skrin komputer dan telefon pintar juga kerap mengundang ketagihan berpanjangan.

Tanpa sedar, kita cenderung berbaring berjam-jam lamanya, menghabiskan masa menonton rancangan diminati di layar skrin sambil mengunyah kudapan ringan.

Andai dijadikan tabiat, tidak mustahil ia mengancam kesihatan tubuh. Obesiti, tinggi kolesterol dan wajah sembab antara yang paling digeruni wanita.

Menurut Pengasas AF Fitness, Rohani Mat Yaman, banyak aktiviti sihat boleh diselitkan sepanjang menonton televisyen. Salah satunya adalah dengan melakukan senaman ringan.


1. Pertimbangkan untuk berdiri tegak

2. Duduk secara menegak dan ulang lagi bangun-duduk antara 10 hingga 15 kali.

“Pergerakan mudah seperti bangun-duduk, meregangkan tubuh, menggerakkan otot tangan, bahu dan kaki sambil berbaring atau mengiring sudah cukup untuk mengurangkan risiko penyakit.

“Bahkan ia lebih baik daripada sekadar bermalasan di atas sofa, berbaring santai sambil mengunyah makanan atau berada dalam keadaan pegun untuk satu tempoh yang lama,” katanya.

Memahami perasaan kebanyakan individu yang selesa untuk terus fokus pada apa yang ditonton, Rohani memilih beberapa langkah senaman ringkas dan mudah.


3. Ambil kesempatan berbaring sambil meluruskan

4. Angkat tubuh seakan mencapai

“Anda tidak perlu mengalih tumpuan dari skrin TV. Apa yang penting adalah pergerakan konsisten setiap kali anda menonton siri drama atau rancangan sama setiap hari.

“Kemudian, tingkatkan jumlah pergerakan sedikit demi sedikit, bergantung kepada kemampuan masing-masing,” katanya.


5. Tahan tubuh dalam kedudukan plank menghadap kaca televisyen.

6. Dalam posisi mengiring ke kanan, dapatkan kestabilan tubuh.

Angkat kaki kiri dan turunkan tanpa mencecah pada kaki kanan. Ulang antara 10 hingga 15 kali dan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 6:01 AM