KOLEKSI tampil nafas baharu beri keselesaan ketika berjalan dengan warna terkini.
Oleh Aida Adilah Mat


INSPIRASI daripada generasi milenium yang pandai bergaya, jenama pakaian musim sejuk dan aksesori perjalanan Universal Traveller (UT) melancarkan kempen #UTEvolution sempena Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2019-2020.

Kempen #UTEvolution bermula pada 6 November menampilkan pelbagai elemen fesyen musim sejuk bagi memberi pilihan kepada pelanggan yang merancang percutian penuh eksklusif.

Gabungan antara kecanggihan klasik dengan inovasi terkini memudahkan anda merakamkan gaya dan kehebatan pengembara moden bagi menyerlahkan lagi pesona baharu jenama ini.

Selaras pergerakan pakaian musim sejuk, koleksi ini menampilkan rangkaian gaya, saiz dan fabrik yang menyeluruh.

Ia diinspirasikan menerusi reka bentuk fungsi menyerlahkan keayuan dan ketampanan fesyenista yang sofistikated.

Pakaian luaran yang unik dengan gaya versatil ini memainkan peranan utama dalam koleksi ini dengan menyediakan daya tahan dan mobiliti yang diperlukan oleh pengembara moden.

Menariknya, setiap helaian daripada UT ini diberi nafas baharu bagi memberikan keselesaan ketika berjalan dengan warna terkini.

Pemilihan koleksi terbaharu ini memudahkan penjagaan harian kerana ia tidak berbulu, tidak luntur warna dan senang disimpan.

Rekaan ini juga menampakkan gaya matang pemakai supaya anda boleh melangkah dengan lebih yakin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 5:10 AM