HOH (kiri) dan Chai (kanan) menyampaikan hadiah kereta kepada Lau (dua dari kiri) dan Tan.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


ACARA pertandingan akhir sempena Watsons Members’ Birthday Bash menyaksikan dua ahlinya yang bertuah memenangi dua kereta bernilai RM133,000 setiap satu.

Dua pemenang berkenaan, Lau Ching Yee dan Tan Hui Ning berjaya mengetepikan 100 ahli lain dalam tiga pusingan permainan yang diadakan di peringkat akhir di pusat beli belah MyTOWN, Kuala Lumpurm, baru-baru ini.

Pertandingan itu terbuka kepada ahli yang membelanjakan RM50 dan ke atas untuk pembelian barangan jenama Watsons dari 3 September hingga 30 Oktober lalu.

Dalam usaha memberikan lebih ganjaran hebat kepada ahlinya, Watsons bekerjasama dengan Edaran Tan Chong Motor sempena ulang tahun kesembilan kad keahliannya dengan hadiah utama dua kereta Nissan X-Trail selain 100 hadiah khas bernilai sehingga 60,000 mata Watsons.

Kempen ini sejajar dengan komitmen Watsons untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang terbaik.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pelbagai ganjaran dan hadiah menarik sebagai penghargaan Watsons buat 5.5 juta ahlinya di seluruh negara, sejak dilancarkan pada 2010.

Katanya, Watsons sentiasa berusaha menawarkan lebih ganjaran sebagai tanda terima kasih pihaknya terhadap sokongan mereka selama ini.

“Gabungan dengan Edaran Tan Chong Motor memberi bukan satu tapi dua Nissan X-Trail baharu kepada ahli Watsons,” katanya.

Pada majlis itu, Loh dan Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh bersama Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Donovan Chai menyerahkan dua kereta berkenaan kepada dua pemenang bertuah.

Tan berkata, pemilihannya sebagai 100 peserta teratas untuk bersaing di peringkat akhir sememangnya tidak disangka apatah lagi berjaya menewaskan 98 peserta lain dan bersyukur dengan hadiah yang dimenanginya itu.

Terdahulu, bermula 30 November hingga 1 Disember lalu, Watsons turut mengadakan jelajah di pusat membeli belah MyTOWN dengan menawarkan pelbagai diskaun dan ganjaran untuk pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 5:00 AM