MODEL memperagakan barang kemas daripada emas 5D.
Yusliza Yakimir Abd Talib


KADAR pasaran emas yang semakin meningkat menjejaskan kos pengilangan dan pengeluaran barang kemas emas. Oleh itu, generasi muda pastinya akan memilih rekaan yang lebih ringan dan murah apabila membeli perhiasan emas.

Selain itu, lima cabaran biasa yang perlu dihadapi pelanggan apabila membeli perhiasan emas termasuk isu perubahan warna dan kerosakan, selain perubahan bentuk, isu rintangan terhadap calar, rintangan terhadap goresan dan trend.

Selepas penyelidikan dan eksperimen berterusan, Batar Jewellery, pemegang utama koleksi terkini emas 5D, membawa dimensi baharu pertukangan emas dengan kemahiran dan teknologi yang digelar Teknologi Emas 5D untuk mengatasi semua cabaran ini.

Dipasarkan melalui jenama barang kemas tempatan, Tomei Gold & Jewellery (Tomei), emas 5D ini bukanlah versi emas tiga dimensi (3D) yang dipertingkatkan sebaliknya ciri pelbagai fungsi dan pembangunan mengatasi lima cabaran yang dihadapi pengguna.

Emas 5D adalah koleksi emas 999 yang memanfaatkan teknologi pertukangan emas ke peringkat seterusnya.

Dilancarkan baru-baru ini ibu pejabat Tomei di Kuala Lumpur oleh Pengerusi Kumpulan Batar, Edmund Chau, emas 5D menampilkan teknologi pembuatan emas 999 yang menjadikannya barang kemas teguh dan tahan lama.

TEGUH dan tahan lama.

Katanya, emas 5D ini bukan saja lebih keras daripada emas 3D malah lebih ringan dan besar.

Teknologi itu juga menambah ciri yang dipertingkatkan termasuk warna emas kuning moden sempurna diintegrasikan ke dalam reka bentuk untuk mewujudkan nada kuning bergaya dan menjanjikan kemasan luar biasa.

Selain itu, permukaan yang halus seperti cermin memantulkan kilauan bersinar, mewujudkan garis kesempurnaan dan elegan kepada reka bentuknya.

Cirinya yang tahan calar dan goresan, tiga kali lebih kuat daripada emas tulen konvensional amat sesuai dipakai setiap hari dalam semua keadaan.

Ia direka dengan ciri tahan lama dan berdaya tahan selain tahan lekuk dan tidak mudah rosak atau pecah di bawah tekanan menjadikannya sesuai dipakai pada bila-bila masa sama ada ketika tidur, untuk aktiviti dalaman atau luaran tetapi masih tetap dalam keadaan baik.

Ia mudah dibersihkan, hanya perlu dilap dan mempunyai kerintangan tinggi terhadap sabun pencuci pinggan selain mampu menahan kesan kotoran, peluh dan gris.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 5:00 AM