KUIH ulat bulu yang enak. FOTO NSTP
KUIH ulat bulu yang enak. FOTO NSTP
Siti Zarinah Sahib

BAGI penggemar kuih berintikan manisan pastinya menyukai buah melaka, ketayap atau semua jenis kuih tradisi yang dikukus. Selain lembut dan senang dimakan kepelbagaian rasa menyebabkan kuih-muih tradisi ini sering dijadikan hidangan tanpa mengira waktu.

Sama ada dimakan pada waktu pagi atau petang, ia tetap membangkitkan rasa dan aroma enak apatah lagi sekiranya dinikmati ketika masih panas.

Mungkin ramai mengetahui kuih ulat bulu mempunyai persamaan dengan buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk.

Menurut Zulfa Zainal Abidin yang sering berkongsi resipi di laman media sosial, jika buah Melaka berintikan gula Melaka atau gula merah tetapi kuih ulat bulu diletakkan kacang merah di dalamnya.

“Perbezaan lain yang ketara pada bentuknya yang bujur berbanding buah Melaka yang berbentuk bulat. Cara penyediaannya juga sama seperti buah melaka,” katanya.

Berkongsi cara menyediakan kuih ulat bulu ini bahan-bahan digunakan untuk bahagian luarannya seperti tepung pulut dan pewarna mengikut kesukaan. Warna-warna ini bergantung kepada si pembuatnya.

“Jika inginkan satu warna sahaja tidak menjadi masalah, namun rona yang pelbagai memberikan tarikan terutama kepada kanak-kanak. Selain dihidangkan untuk minum petang kuih ini juga sesuai dibawa ketika menziarahi keluarga,” katanya.

Bahan-bahan:

• Doh

• 1 peket tepung pulut

• Air secukupnya

• Pewarna kuning, hijau dan merah mengikut keperluan

• Inti kacang merah secukupnya

Langkah-langkah:

1.SEDIAKAN kelapa parut dan gaulkan dengan garam. Ketepikan. FOTO NSTP
1.SEDIAKAN kelapa parut dan gaulkan dengan garam. Ketepikan. FOTO NSTP

2. MASUKKAN tepung ke dalam mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil gaul rata dan uli menjadi doh yang sederhana lembut. Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Titiskan pewarna berlainan untuk setiap adunan. Uli hingga warna doh sekata. FOTO NSTP

3. BENTUKKAN doh seperti menjadi ulat bulu. FOTO NSTP
3. BENTUKKAN doh seperti menjadi ulat bulu. FOTO NSTP

4. MASUKKAN inti kacang merah di dalamnya. Susun dalam bekas yang dioles minyak supaya tidak melekat. FOTO NSTP
4. MASUKKAN inti kacang merah di dalamnya. Susun dalam bekas yang dioles minyak supaya tidak melekat. FOTO NSTP

5. REBUS doh hingga timbul, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. FOTO NSTP
5. REBUS doh hingga timbul, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. FOTO NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 8:00 AM
Digital NSTP Subscribe