MANIS menggayakan koleksi tudung segera.
MANIS menggayakan koleksi tudung segera.
Siti Nadirah Hafidzin

MEMASUKI era 2020 penggayaan tudung mahupun selendang tidak lagi statik seperti dulu, semakin ramai Muslimah kini bijak bergaya tidak kira untuk fesyen harian atau menghadiri majlis tertentu.

Tanya kepada mana-mana Muslimah mengenai koleksi tudung, tentu saja rata-ratanya hanya mampu tersenyum mengenangkan lambakan koleksi sendiri di almari masing-masing.

Ada yang gemarkan fesyen tudung sarung, ada pula yang selesa menggayakan selendang, tidak kurang masih ramai yang tetap memilih tudung bawal walaupun ia dianggap agak ketinggalan.

Tidak kira apa juga jenis tudung mahupun gaya dihasilkan, hampir setiap daripada golongan itu lebih sukakan fesyen tudung terkini namun mudah digayakan terutama kepada wanita bekerjaya.

Terbaru, jenama fesyen tempatan, Nuriman Scarf tampil dengan koleksi tudung sarung segera Bawal Bidadari yang diilhamkan khusus bagi memudahkan si pemakai bergaya dengan pantas.

DIILHAMKAN bagi membantu Muslimah yang kesuntukan masa untuk bergaya.
DIILHAMKAN bagi membantu Muslimah yang kesuntukan masa untuk bergaya.

Pengasasnya, Suli Suraijah Abdullah berkata, idea terhasil apabila melihat sendiri kebanyakan wanita berdepan masalah sama iaitu mahu bergaya namun kesuntukan masa selain tidak mahir mencipta gaya tudung terkini.

“Koleksi ini divariasikan sebagai tudung segera yang dicantumkan bersama bahagian wajah tudung lembut supaya pemakai hanya perlu menyarungnya sahaja.

“Tudung segera berbentuk bawal berbidang 45 hingga 48 inci ini mempunyai 30 warna pilihan yang sesuai dijadikan koleksi tudung harian juga untuk menghadiri majlis formal,” katanya yang menjalankan perniagaan di Bandar Baru Pasir Pekan, Kelantan juga secara atas talian.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan wanita berusia 22 tahun hingga 55 tahun terutama ibu bekerjaya yang sering kesuntukan masa untuk bersiap sebelum ke tempat kerja.

“Diharap koleksi ini mampu membantu lebih ramai wanita bergaya dengan pantas dan dalam masa sama tidak ketinggalan dalam berfesyen,” katanya.

KOLEKSI tudung segera terkini.
KOLEKSI tudung segera terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 6:00 AM