TAMPIL manis dengan sanggul ringkas.
TAMPIL manis dengan sanggul ringkas.
Intan Mas Ayu Shahimi
[email protected]metro.com.my


REMAJA perempuan hari ini dilihat kurang berminat dengan gaya bersanggul kerana dianggap ketinggalan zaman, nampak kekampungan dan hanya sesuai digayakan dengan busana tradisi.

Jika ada sekali pun, mereka lebih senang bersanggul ikat sebagaimana popular digayakan kebanyakan selebriti Korea dalam filem lakonan mereka.

Realitinya, bersanggul tidak sesekali mengurangkan ciri moden dalam bergaya. Andai kena dengan imej yang hendak ditonjolkan, sanggul berupaya menampilkan karakter, keyakinan diri dan kekemasan dalam penampilan.

Tidak perlu bersanggul tinggi bak raja sehari, memadai dengan simpulan ringkas atau kombinasi ikat, tocang mahu pun simpul gaya harian.

BAHAGIKAN rambut kepada dua bahagian dan ikat kemas
BAHAGIKAN rambut kepada dua bahagian dan ikat kemas

Sesekali tampil berbeza, pasti ia mampu mengubah ‘mood’ di tempat kerja mahu pun menceriakan hari anda ketika bersantai dengan rakan serta orang tersayang.

Berkongsi tip penggayaan rambut terbaik, jurumekap artis, El Manda Zuhairy(@mandalicious_official) menunjukkan langkah dandanan ringkas dan mudah.

Boleh digayakan sendiri, El Manda berkata, dandanan jenis sanggul ini sesuai untuk wanita yang menggayakan busana tradisi, moden, santai mahupun kasual.

Untuk menyerlahkan gaya tradisi, dandanan ringkas ini boleh diselit kuntuman bunga, cucuk sanggul atau disesuaikan dengan pemakaian aksesori seperti rantai dan dokoh.

MULAKAN dengan menjalin rambut sebelah kanan dan ikat kemas.
MULAKAN dengan menjalin rambut sebelah kanan dan ikat kemas.

ULANG langkah kedua pada bahagian rambut kiri.
ULANG langkah kedua pada bahagian rambut kiri.

GULUNGKAN rambut dari hujung hingga ke pangkal dan pin kemas. Ulang langkah sama untuk bahagian kanan rambut.
GULUNGKAN rambut dari hujung hingga ke pangkal dan pin kemas. Ulang langkah sama untuk bahagian kanan rambut.

Namun untuk bergaya moden dan lebih santai, sanggul boleh dibiarkan kosong atau disesuaikan dengan aksesori ringkas seperti klip rambut.

Sediakan getah pengikat rambut bersama pin dan ikuti langkah demi langkah mendandan sanggul pintal ini. Semburan rambut boleh digunakan untuk wanita yang mahukan sanggul kemas dalam tempoh lama.

Begitupun, bagi kanak-kanak, mereka boleh menggunakan minyak bayi untuk bersanggul dengan gaya semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 6:01 AM